Wajarkah Guru Membakar 'Phone' Pelajar?

WAJARKAH GURU MEMBAKAR 'PHONE' PELAJAR?

Saya telahpun menonton sebuah video di mana guru² sebuah sekolah sedang membakar phone pelajar²nya di dalam sebuah tong dram. Saya tak tahu apakah sebab yang layak untuk guru² tersebut berbuat demikian.

Pada tahun 90-an sehingga awal era 2000, 'handphone' boleh sering dituduh sebagai alat yang merosakkan pelajar. Kononnya kerana 'handphone' lah para pelajar tidak fokus belajar dan sebagainya sehingga menjadi undang² sekolah pada ketika itu tidak boleh membawa telefon bimbit. 

Mungkin saya boleh bersetuju 'handphone' ada sisi buruknya kepada pelajar. Kerana alat ini digunakan untuk pelajar 'bermain game' tanpa henti dan 'ber-SMS' malah bergayut dengan pasangan cinta monyet mereka. Tambahan pula pada zaman itu, setiap panggilan dan SMS ialah berbayar. Jadi para pelajar akan gunakan duit top-up mereka untuk benda yang dihargai sangat yang mana rata-rata pelajar akan rasa pasangan cinta monyet mereka sebagai benda berharga. 

Tidak dinafikan game dan cinta monyet ini ialah antara asbab kerisauan yang akan mengganggu fokus pelajar pada zaman itu. Maka ada inisiatif untuk pasang telefon awam di setiap sekolah agar pelajar tidak ada sebab lagi untuk membawa telefon bimbit.

Namun, undang² haram telefon bimbit ke sekolah telahpun dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya kira pemansuhan ini sangat tepat pada waktunya memandangkan telefon bimbit pada hari ini ialah berbentuk telefon pintar yang mempunyai banyak fungsi. Teknologi alaf baharu (telefon pintar) ini juga boleh dimanfaatkan oleh pelajar sekolah. Pelajar hari ini belajar juga menggunakan telefon pintar. Malah banyak tugasan sekolah yang sebenarnya lebih mudah dengan telefon pintar. Termasuk lah untuk mencari maklumat, berbincang di dalam group whatsapp dll. 

Melihat video guru membakar telefon pintar pelajar itu membuktikan bahawa masih ada sekolah yang tidak membenarkan telefon pintar dibawa oleh pelajar. Sedangkan ini zaman teknologi berkembang maju. Sepatutnya sekolah mendidik kaedah yang optimum penggunaan telefon pintar dan bukannya terus melarang dan menyekat teknologi ini diteroka oleh pelajar-pelajar.

Malaysia telahpun mencapai fasa belajar dari rumah menggunakan telefon pintar atau PC. Sayangnya, masih ada sekolah yang tidak mengarah kepada kemajuan itu. 

Apa sahaja alasan undang² sekolah itu, membakar atau merosakkan harta pelajar bukanlah etika seorang guru yang baik. Apatah lagi ibu bapa pelajar yang membelikan 'handphone' tersebut untuk memudahkan ibu dan anak berhubung di asrama. Ada ibu bapa yang susah, sanggup belikan anak mereka sebuah handphone semampunya untum berhubung. Lalu guru mereka dengan angkuh, membakar handphone tersebut seperti BBQ.

Pihak sekolah perlu lebih berhati-hati dalam menghukum pelajar. Membakar dan merosakkan harta pelajar bukanlah tauladan yang baik. 

Cadangan saya, sekolah perlu mendidik pelajar cara yang berfaedah untuk menggunakan telefon pintar agar tidak disalah gunakan. Menyekat penggunaan telefon pintar hanya akan membantutkan pengetahuan teknologi pelajar. Wallahualam

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments