Sifu Bisnes Suruh Tampal Gambar Impian Dekat Dinding Bilik?

 OLEH: Taufiq Tuah


Ramai kawan yang bagitau saya antara cara untuk kaya ialah, kena tampal impian kita kat bilik tidur. Contoh kalau nak beli kereta Lambo, tampal gambar kereta tu kat dinding bilik tidur. Tiap kali bangun tidur, jerit kuat-kuat impian kita dan kena selalu tengok gambar Lambo tu.

Katanya, hal ini diajar oleh sifu² bisnes. Sebahagian lagi kata diajar di kem² motivasi. Saya diam sahaja ketika ada kawan yang 'share' tips ni. Niat mereka baik, nak bagi tips kat saya. Tapi saya tak boleh hadam apa yang cuba dibawa.

Sebelum ni saya pernah dengar sendiri tips yang sama dari seorang motivator sekolah. Suruh saya tulis '5A' dekat dinding sepanjang tahun UPSR. Katanya, menyebut impian kita ni setiap kali bangun pagi dapat,

1. Konsistenkan otak kita untuk capai impian.

2. Menarik impian kita lebih dekat kepada kita.


dan kemudian ditambah dengan ayat tunggangan, "menjadi sebahagian daripada doa kita tiap kali kita sebut kuat²".

Saya sedar, ajaran seperti ini memang dah berleluasa sangat² di Malaysia. Tapi sejauh mana baiknya kaedah ini? Okay saya cuba terangkan.


1. Saya dengan jelas memandang ini ialah ajaran Bathiniah Moden yang juga dikenali sebagai Law Of Attracktion. Jelas konsep ini bercanggah dari Islam. Boleh baca banyak kupasan hal ini dekat penulisan Ustaz Suhili Nain II

2. Rezeki tidak ditarik dengan 'positivity'. Rezeki datang dari Allah. Macam mana kita jerit pun memanggil rezeki, rezeki takkan jadi lagi dekat hanya dengan memanggilnya. Tetapi rezeki datang kerana janji Allah,

"Tidak ada satupun yang bergerak di muka bumi ini kecuali Allah yang menanggung rezekinya." (QS. Hud: 6).

3. Kita tak boleh 'expect' dengan menjerit macam tu dalam bilik sorang² boleh naikkan 'sales'. Saya nak meniaga, kena promo dekat orang samada buat iklan atau posting "Saya ada jual kurma!, boleh hubungi saya melalui PM atau beli terus di https://widurionline.com.my/ ". Atleast ada orang baca, akan tekan 'link' saya. Beli tak beli, itu rezeki dari Allah. Bukan dari menjeritkan impian saya setiap pagi.

4. Selepas bangun pagi, sunnahnya membaca ,

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

"Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan". (HR. Bukhari no. 6325)

Bukannya menjerit tak ketahuan. Kalau tak hafal doa di atas, boleh sahaja menyebut "alhamdulillah". Kemudian boleh sambung dengan Zikir Pagi. Tak perlu menjerit².


5. Menjerit seperti itu bukan doa, malah telah lari dari adab berdoa. Adakah anda menjerit sambil menadah tangan? adakah anda memulakan jeritan anda dengan meminta keampunan, kemudian memuji Allah dan kemudian baru sambung "nak naikkan sales"? Atau 'atleast' ada sebut "Ya Allah, (hajat kita) .... Tunaikanlah hajat ku". Jika tiada, mana datangnya berdoa?


Berdoa pula tak perlu terpekik-pekik sendiri di bilik. Sebaik-baik waktu berdoa ialah ketika sujud terakhir dalam solat. Bukan di hadapan dinding bilik. Teka agama apa yang berdoa depan dinding? Takpa saya bagi 'clue', Yahudi. Ohh terbagi jawapan pula.


6. Saya nak ajar lah tips meniaga dekat peniaga. Tips ni memang takde dalam buku (saja guna ayat kebanyakan sifu sebelum bagi tips). Meniaga ni kena ada taqwa. Kadang Allah rugikan kita, kadang Allah untungkan kita. Itu semua kerja Allah. Kita, kena 'keep doing' dan 'donggibab'. Allah jatuhkan kau dalam bisnes A, mungkin sahaja sebab Allah nak bagi kau bisnes B.

Wallahualam.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments