OLEH: Taufiq Tuah
Saya telah menonton satu video di mana seseorang telah bertanya di komen bahagian 'live stream' seorang sifu bisnes terkenal dengan soalan "Apa bisnes tuan yang dah berjaya?". Soalan ini mendapat 'respond' dari sifu itu tetapi tidak menjawab soalan yang diajukan. Sebaliknya, sifu itu hanya berkata "jangan dengki", "jangan jatuhkan bisnes orang lain" dll. Dalam kes sifu yang lain, ada yang sengaja buat tak endah sahaja soalan tersebut.
Persoalan saya, kenapa 'triggered' dan 'koyak'? Kenapa tak jawab je "bisnes saya yang berjaya ialah...." Adakah kerana memang takde bisnes yang berjaya kecuali 'jual air liur'?
Sebagai orang yang nak kenal sifu, mestilah dia akan tanya sifu soalan seperti itu. Daripada ribuan peserta kelas sifu pun, berapa kerat sangat yang jadi jutawan? Sedangkan berapa ribu pula peserta lain yang terpaksa bayar lagi berapa ribu ringgit untuk 'upgrade kelas' berkali-kali. Maka soalan "apakah bisnes Sifu yang berjaya?" sangat 'valid'.
Saya sendiri memang ambil ilmu dari sifu bisnes. Tapi saya memilih dalam mengambil ilmu bisnes. Sila JAUHI kelas-kelas sifu bisnes yang seperti di bawah.
1. "Kita kena positif. Jerit dengan saya, kita mahu sales Satu Juta !". Secara umumnya, apa2 majlis yang suruh crowd jerit-jerit, menari-nari, menyanyi bersama, saya memang takkan pergi.
2. Yang jaja kisah keberjayaan orang dengan falsafah-falsafah. Kemudian menyuntik lagi semangat crowd dengan material. Keberjayaan diukur dengan rumah besar, kereta mewah dan segala material.
3. Lagikan pula ramai juga sifu bisnes ni yang tipu 'title'. Ada yang tipu 'dato' , 'dr' malah nama keluarga sekalipun! Ada yang sengaja menambah nama 'Tengku' sedangkan nama itu tiada dalam keluarganya. Tahu je menipu 'title', sila jauhi.
4. Sifu bisnes yang suka memerli kemiskinan orang lain. Tak habis-habis mengutuk kegagalan peserta malah memperlekehkan kerjaya orang yang tidak bisnes.
5. Hanya memberikan 'random talk'. Lebih kepada membebel dan bukan apa-apa ilmu teknikal dalam bisnes. Sedih, ada yang bayar ribuan ringgit hanya untuk datang kelas 'semangat bisnes' sambil terjerit-jerit. Kalau betul peserta tak bersemangat untuk bisnes, kenapa dia bersemangat je nak bayar ribuan ringgit tu demi bisnes?
6. Suruh tampal poster gambar kereta mewah, rumah besar (impian) dekat dinding bilik tidur. Bangun pagi, suruh kita jerit kuat-kuat impian kita tu lepas Subuh.
Kesimpulan:
Saya lebih gemar untuk ke kelas sifu bisnes yang ajar teknikal. Silibesnya lebih kepada teknikal. Contoh:
- Cara Targeting FB Ads
- Cara Menjaga Akaun
- Cara Buat Brand Yang Hebat
- KaedahTarget Marketing
dll.
Silibes yang lebih praktikal. Air liur yang kita beli boleh dipraktikkan ke dalam bisnes. Ironinya, kelas seperti ini 'air liurnya' tak mencecah ribuan malah tak sampai ratusan ringgit pun. Wallahualam.
Comments
Post a Comment