Janji Tol Percuma?

 OLEH: Huzaifah Hadis

Apa yang dijanjikan ialah tol percuma oleh sebahagian ahli politik. 

Apa yang dibuat oleh kerajaan setakat ini hanyalah pengambilalihan 4 konsesi lebuhraya daripada pihak swasta dibawah syarikat tidak berkeuntungan ( not for profit) bukan untuk memberi tol percuma, tetapi lebih kepada untuk menstruktur kembali konsesi-konsesi yang telah ditetapkan sebelum ini supaya tidak naik setiap 5 tahun.

Itupun jumlah sukuk yang dikeluarkan ialah sebanyak RM5.5B.

Boleh rujuk dalam https://www.theedgemarkets.com/.../amanat-lebuhraya...

Itupun hanyalah 4 lebuhraya sahaja yang terlibat setakat ini yang mana majoriti pegangan ialah dibawah Gamuda.

Ia telah dijual kepada syarikat Amanat Lebuhraya Rakyat.

Lebuhraya yang terlibat adalah : 

1) SMART

2) SPRINT

3) KESAS

4) LDP


Manakala lebuhraya yang sedang didalam perbincangan ialah: 

1) NPE ( Konsesi tamat 2030)

2) WCE ( Konsesi tamat 2063)

3) Lekas ( Konsesi tamat 2039) 

4) Besraya (Konsesi tamat 2040)


Kesemua lebuhraya ini majoriti dibawah syarikat IJM melainkan WCE dan juga Lekas.

Manakala PRO LINTAS syarikat dibawah PNB memegang lebuhraya ini:

1) LKSA

2) SILK

3) GCE

4) AKLEH

5) SUKE

6) DASH


Ini yang realiti sedang berlaku.

Fikir-fikirkanlah...

Boleh rujuk https://www.theedgemarkets.com/.../ijm-talks-sell...



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.



Comments