Feminis Toksik

OLEH: Taufiq Tuah


Persetankan saja slogan "Perempuan selalu betul". Kerana yang selalu betul itu cuma Rasulullah. Yang pasti benar itu ialah syariat tak mengira jantinanya.


HAK WANITA

Saya tak tahu knp hak 'wanita' yg diperjuangkan begitu lantang. Apa konon hak wanita yg takda tu? Sejak merdeka pun wanita boleh je masuk universiti. Peluang pekerjaan wanita bnyk je. Malah sesetengah sektor di dlm kerajaan pun mmg didominasi oleh wanita.

Di Malaysia, wanita boleh memandu. Boleh meniaga. Boleh buat pinjaman. Jika dizalimi suami, boleh mengadu di mahkamah syariah dan mahkamah tu boleh layan kes kamu walaupun punca kes itu kadang² hanya sebab isteri tak suka suami tidur berdengkur! Apa yang wanita tak cukup dalam 'hak'nya?


SEBENAR

Sebenarnya bukan isu hak sivil dan sosial yg selalu disoalkan oleh feminis ni. Sedar atau tidak, mereka banyak persoalkan bab yang dah terpaut dengan syariat. Contoh:-

1. Kenapa lelaki boleh poligami?

2.Kenapa suami boleh kawal isteri?

3.Kenapa Islam kata hny lelaki sahaja pemimpin?

4.Kenapa isteri kena ikut telunjuk suami?

5.Kenapa perempuan yg memasak, cuci baju, jaga rumah?

Nampak tak? Feminis akhirnya banyak persoalkan syariat.


Sedangkan dalam Al-Quran jelas,

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dengan apa yang Allah lebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain .... " (Surah An-Nisaa’, ayat 34)


POLIGAMI

Ada yang tanya kenapa perempuan tak boleh dan lelaki je boleh? Lalu dia memperendahkan syariat kononnya Islam tak jaga hak wanita.

Logiknya cuba bayangkan. Kalau isteri itu ada 2 suami. Lalu dia mengandung. Maka anak itu ialah anak siapa? Tak dapat tahu anak itu milik suami 1 atau suami 2.

Kononnya ada teknologi boleh tahu, sedangkan teknologi pun boleh dimanipulasi. Celaru.


KETUA PEREMPUAN

Wanita ialah makhluk Allah yg sangat beremosi. Sentuh sahaja sedikit emosi wanita, mereka akan hilang pertimbangan. Bagaimana yg hilang pertimbangan nk buat keputusan ketika menjadi ketua?

Yang membantah akan bagi nama² ketua wanita konon bagus mcm PM New Zealand la PM Myanmar la. Tapi cuba dia bandingkan dengan nama-nama lelaki seperti Sultan Umar Abd Aziz, Saidina Abu Bakr & Rasulullah sendiri.


BERANI MELANGGAR SYARIAT

Perempuan berani langgar syariat demi menjadi hamba emosinya.

- Poligami itu seolah-olah haram kerana wanita yang CEMBURU & BENCI syariat ini.

- Isteri kedua yg bermadu akan dipulaukan oleh komuniti wanita lain kerana MENYAMPAH dgn perbuatannya.

- 'Couple' jadi halal kerana wanita juga SUKA pada perbuatan ini.

- Free hair, baju ketat dan tabaruj jadi halal belaka kerana wanita SUKA.

- Tapi lelaki kena tunduk pandangan kerana walaupun lelaki suka tgk apa yg mereka 'belanja', benda haram ttp haram.

- Ingkarkan suami juga halal terutamanya ketika isteri MARAH.

Hukum seolah-olah 'flactuate' mengikut emosi wanita. Sehinggakan pada situasi tertentu, wanita yg buat salah hanya perlu NANGIS supaya tak dilihat bersalah. Begitulah zalimnya wanita ketika mereka lari dari kesilapan mereka.


JANTINA SETARA

Kenapa perempuan yang kena memasak di rumah? Sedarlah lelaki dan perempuan ada peranan masing².

Kalau saya (lelaki) suruh wanita, tolong angkatkan barang berat milik saya. Wanita yg sama akan cakap saya 'tak gentleman' sedangkan mereka juga yg katanya nak dilayan 'setara'.

Kalau anda nak cari 'bibik' untuk jaga anak dirumah, adakah anda akan cari 'bibik' lelaki?

Secara lumrahnya lelaki mmg kerja berat dan wanita yg buat kerja remeh. Kenapa? Sbb lelaki anggap rendah hal remeh ttp wanita masih meneliti dlm kerja-kerja remeh.

Dua lumrah jantina ini sebenarnya ada peranan masing-masing. Jadi wanita jangan tanya knp wanita yang kena masak di rumah. Kerana dalam sirah pun, yg masak utk Rasulullah di rumah ialah isterinya dan anak perempuannya.


SALING MELENGKAPI

Ketika mereka kata,

"Di belakang lelaki yang hebat, ada wanita yang hebat".

Mereka sering terlupa bahawa di hadapan wanita yang hebat itu juga ada lelaki yang sedang menariknya.


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments