Pelan Rafizi dan Sanusi, BRICS dan Biskut Cicah Teh

 OLEH: Taufiq Tuah

Inflasi harga barang dan makanan hadir secara senyap kononnya agar tidak dihidu. Ekonomi luar negara akhirnya sedikit sebanyak memberi implikasi kepada ekonomi negara kita.


INFLASI

Saya tergerak hati untuk tulis hal ini kerana biskut yang saya biasa cicah di teh akhir muat masuk cawan. Selama ini, sekeping biskut perlu dipatahkan dahulu sebelum masuk ke cawan.

Barulah sedar yang saiz 'packaging' memang sama tetapi saiz biskutnya lebih kecil. Malah bilangan kepingan biskut dikurangkan dan tray pemegang biskut itu dibesarkan ruangan 'hollow' nya.

Ini ialah cara kapitalis menyembunyikan kaedah mereka menaikkan harga barang. Sementara peniaga kecil dan mikro seperti saya yang menjual lauk terpaksa menaikkan harga yang jelas sehingga pengguna juga akan sedar dengan kenaikan itu.

Walaupun saya sendiri tak sampai hati menaikkan lagi harga jualan. Malah persoalan yang sering ditanya peniaga ialah "berapa pula aku nak jual?".

Juga seperti jajan yang mana sebutir makanannya menjadi semakin kecil tetapi di 'pack' pada bungkusan plastik gelembung yang sama. 'Portion' di 'fast food' dikecilkan ayam dan 'patty' nya dijual dgn harga yg sama. Lalu masyarakat memejam mata kerana 'branding' gah yang dibawa.

Namun apabila peniaga kecil yang terpaksa naik harga, kami dihamun dengan kata-kata " meniaga pergi haji balik hari", sedangkan kami nak pergi Langkawi pun belum mampu.

Siap ada pelanggan yang mengajar pula "jual murah, main kuantiti". Alangkah indahnya jika mudah main kuantiti dengan 'margin' jualan sekecil RM2 atau RM3.


MALAYSIA-BRICS

Ekonomi kita sedang kurang cantik. Ada yang tanya kalau² kita boleh jadi lebih baik dengan menyertai pakatan dangangan BRICS.

Pandangan saya yang kerdil ini, saya tak yakin BRICS akan terima kita negara yang belum pun menunjukkan kestabilan politik. Jika pun diambil, mungkin kerana mahu kita jadi 'consumer country' sahaja.


CONSUMER COUNTRY

Sebagai 'consumer country', ekonomi negara kita akan terikat dengan semua 'producer country' yang kita berurusan. Malah bekalan runcit juga dipandu daripada rantaian ini.

Contoh: Ketika Arab Saudi pernah buat sekatan kepada Qatar, terus bekalan runcit Qatar menjunam jatuh sehingga Qatar terpaksa memilih bahan runcit alternatif ketika itu.

Juga ketika US buat sekatan kepada Russia berhubung dengan perang Ukrain, banyak produk US yang keluar dari Russia sebagai tanda protes.

Cuma di dalam 2 senario di atas, Qatar dan Russia sebagai 'consumer' sebenarnya juga ialah negara 'producer' dan kaya. Bayangkan jika Malaysia berada di tempat mereka. Pastilah merumitkan.


KUKUHKAN NEGARA

Maka Malaysia perlu mengutamakan pengukuhan ekonomi. Jika mengambil pelaburan, pastikan pelaburan yang berkualiti. Pelaburan yang akan menampakkan Malaysia bukan menerima pelabur kerana terdesak.

Malaysia perlu memperbanyakkan pelaburan dalam sektor yang gah. Sebagai mana Rafizi Ramli pernah sebut tentang pelaburan digital dan tenaga boleh baru. Juga sektor yang saya kira juga perlu di kedepankan ialah yang DS Sanusi cuba bawa iaitu teknologi penerbangan.

Kita perlu perkukuhkan ekonomi berkualiti seperti ini agar ketika kita menyertai apa-apa pakatan ekonomi sama ada ASEAN, mahupun BRICS, kita dilihat sebagai 'producer country' yang penting. Biar negara-negara lain yang 'consume' kita dan membawa masuk matawang mereka ke dalam negara.

Walaupun BRICS mungkin akan ada matawang sendiri dan hal ini insyaallah akan dibincangkan di artikel mendatang. Allah knows best.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments