Kapal Jong Berasal Dari Cina Atau Melayu?

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Abstrak
Polemik jong telah lama berlaku; Bangsa Cina dan Bangsa Melayu dari zaman bahari telah berebutkan  katatersebut sebagai hasil ciptaan mereka. Kemudian polimik ini turut hinggap kepada para pengkaji dari bangsa lain termasuk ahli bahasa ketika mereka sedang menyusun kamus. Sebahagianmereka menetapkan kata jong diambil dari bahasa China iaitu chuan. Sebahagian lain mengatakan perkataan jong berasal dari bahasa Jawa purba iaitu djong.

Peneliti perahu seperti G.R.G. Worcester dalam bukunya bertajuk The Junks and Sampans of the Yangtze memberi suatu takrifan kata yang tidak berapatepat tentang kapal jong. Beliau mencatitkan seperti berikut:

“….dan giunco bagi Itali, berkembang dari perkataan djong dalam Bahasa Jawa yang mana ia digunakan oleh Pedagang Portugis dan Belanda yangpertama-kali mengadakan dagangan dengan Jawa dan bangsa Melayu di Nusantara.Kata djong ini turut merupakan kata serapan, seperti yang dianggap, dariperkataan China iaitu chuan untuk bot atau kapal. Bukti kata serapan ini semakin jelas dengan melihat dialek Amoy yang menyebutnya chun” (G.R.G.Worcester, 1947).

Sekali imbas ia kelihatan hanya menyangkut pasal ‘asal-muasal’ kata nama kepada sebuah perahu layar yang sangat besar. Namun disebalik itu adalahkonsikuansi yang lebih mendalam iaitu bangsa yang terbukti memiliki nama kapal tersebut sekaligus merupakan pencipta kepada perahu gergasi yang sangat dimegahkan itu.

Untuk menentukan sebuah kata dalam Bahasa Melayu sebagai kata pinjaman atau memang merupakan kata Melayu asli adalah sedikit sukar. Ini kerana bangsa Melayu amnya telah berbaur dengan masyakarat antarabangsa sejak ribuan tahun yang silam semenjak kita dinobat sebagai ‘Viking Timur’. Walaupun begitu,hubungan secara aktif berlaku sekitar kurun ke7 apabila kapal layar China mula menjengok dermaga-dermaga di gugusan Nusantara.


Maritim China Di Masa Lampau
Perkembangan perdagangan maritim yang ditandai dengan kemunculan dermaga-dermaga di China seiring dengan pengurusan dermaga yang sistematik serta pembinaan industri perkapalan dan budaya pelayaran menjadi semakin pesat setelah China memasuki era Dinasti Tang (O. W. Wolters, 2008).

Sebelumnya perlabuhan di Negara China – dan paling terkenal adalah pelabuhan di bahagian selatan, Ghuanzhou – menjadi tempat singgah kapal asing semata-mata termasuk kapal jong Melayu. Dalam masa yang sama adalah sukar dilihat ada kapal layar china yang meredah Laut China Selatan, apatah lagi lautan Hindi yangbergelora.

Oleh sebab itulah pendita Fa Hsien yang telah  berkelana selama 12 tahun di tanah kelahiran Gautama Buddha terpaksa menumpang kapal dari India untuk pulang ke China tetapi akhirnya tersadai di Jawa pada Desember 412M selama 90 hari lebih akibat kapal yang ditumpang mengalami kerosakan (Fa-Hsien, 2014).

Perkara yang serupa juga berlaku kepada Pendita I-Chin yang telah menumpang kapal orang ‘Posse’ dari Perlabuhan Kanton, China pada 7 Disember671M menuju ke Nusantara bagi mendalami ilmu agama Buddha sebelum menyambung ke Universiti Nalanda di Bihar, India.  Sebahagian pengkaji menterjemahkan kata ‘Posse’ kepada Bangsa Arab yang beragama Islam(Abd. Jalil Borham, 2002).

Bagi menyambung perjalanan ke Universiti Nalanda, I-Chin mendapat kebenaran dari Raja Sriwijaya untuk menumpang armadanya sehingga beliau sampai ke India. Catatan perjalanan I-Cing telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggrisoleh J. Takakusu:

”… berlayar tidak lebih dari 20 hari dari Kanton menuju Fo-shi (SanFo-tsi) atau Sriwijaya, singgah di sana selama enam bulan untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan (agama Buddha) Mahayana, kemudian pergi ke India Tengah dengan (menumpang) kapal Sriwijaya…”

Dua peristiwa diatas menunjukkan bahawa kapal dari China terlalu jarang berlayar meredah Laut China Selatan dan Lautan Hindi, sehingga Fa Hsien danI-Chin terpaksa menumpang kapal layar Negara lain untuk pulang ke China. Sungguhpun begitu, pelayar China tetap wujud namun tidaklah banyak.

Jadinya mereka lebih suka untuk mudik di sunyai dan tasik sehingga banyak menghasilkan pengangkutan air tawar.



Lukisan Gua Pulau Muna Bukti MelayuTelah Menguasai Lautan Sedari Awal
Berbanding Bangsa Melayu yang telah memahami tabiat angin sejak sekianlama sehingga dikata telah berjaya menunggang angin monson untuk belayar sampaike Afrika.

Dalam pengamatan bangsa Melayu, mereka telah membahagikan bentuk angin kepada lebih dari 15 jenis. Andrian B. Lapian dalam Pelayaran dan Perniagaan Nusantara Abad ke-16 dan ke-17 membawa beberapa jenis angit seperti angin angkisan (angin yang berputar), angin gila (bertiup dari setiap penjuru arah), angin sendalu (sederhana kencang), angin paksa (angin yang memaksa kapal berlabuh),dan angina buritan (ekor angina) (Andrian B. Lapian, 2008).

Bangsa Nusantara memperoleh khazanah ilmu pelayaran yang sangatmendalam sehingga mampu mengenal bentuk angin adalah disebabkan mereka telahbelayar lama berbanding bangsa-bangsa lain. Antara bukti terawal adalah motifperahu telah tergambar di beberapa dinding gua Nusantara yang diperkira usialakaran tersebut sekitar 15,000 SM. Didapatkan ada 67 motif perahu telahdilukis dengan sebahagiannya menunjukkan penggunaan cadik, kemudi serta layarbahkan terdapat gambar orang membawa senjata.

Antara lukisan dinding yang terpenting adalah di Pulau Muna, Sulawesi Selatan, dengan lukisan perahu di Lene Cece, Timur Leste menunjukkan bangsa Melayu telah meredah samudera dengan adanya teknologi cadik atau katir,penggunaan kemudi ganda dan layar segi empat.

Boleh dikataka bahawa dengan adanya lukisan ini, menguatkan teori yang menyatakan bangsa Melayu merupakan bangsa terawal menggunakan layar. Dari katalayar itulah muncul istilah pelayaran yang khusus diguna untuk perentas lautan.Sebagai bandingan, istilah ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian’adalah metafora Melayu kepada perahu di sungai.

Oleh kerana itu tidak pernah ada orang Melayu yang menggunakan istilah‘berakit’untuk laut, semuanya menggunakan istilah ‘berlayar’walaupun orang tersebut bukan juragan tetapi hanya menumpang kapal.


Awal Interaksi Tamadun China Dengan Bangsa Melayu
Dalam banyak dinasti pemerintahan Negara China yang besar serta panjang, pergolakan politik dalaman membuat Maharaja dari pelbagai Dinasti sering menjalankan dasar menutup pintu. Oleh kerana itu budaya pelayaran dan perkapalan di China dapat ditandai oleh beberapa zaman sahaja.

Antara dinasti yang terawal memberi tumpuan kepada seni perkapalan dan budaya melaut adalah Kerajaan Qin (221SM - 206SM) dan kemudian Han yang memerintah sedari 206 SM hingga 220 M.

Kemudian pada era kedua ditanda pada zaman Tang (618M - 907M) lantas diteruskan oleh Song (960M - 1279M) dan kemudian Yuan (1271M - 1368M). Lantasera terakhir yang merupakan zaman gemilang dengan penciptaan kapal terbesar serta perutusan armad dengan soldadu sekitar 27,000 orang dijalankan olehDinasti Ming.

Daripada enam Dinasti ini nampaknya tiga daripadanya menerima pengaruhdari Tamadun Melayu terutamanya pada dinasti Song dan Yuan secara dekat.Mengikut catatan, awal perhubungan laut antara bangsa Melayu dengan Cina terjadi pada zaman Han pada sekitar tahun 111SM.

Pada tahun ini juga Maharaja Wudi mewujudkan misi pelayaran ke Iran dan Nusantara bagi mencari kulit kura-kura dan tanduk badak. Usaha kerajaan Han mencari kedua-dua barang ini masih diteruskan pada 1M sehingga 6M. Tidaktersangka pada tahun 2M telah datang Huangzhi iaitu Bangsa Melayu Champa ke China dengan membawa tanduk badak.

Dinasti Han bukan sahaja menjalankan misi pencarian ‘barangan esotik’di kawasan Nusantara malah sebaliknya hubungan China-Melayu lebih dari itu.Dalam pemerintahan Wudi juga, kawasan Fujian dan sekitarnya yang diperintaholeh bangsa Yi ditawan. Satu tandaan yang penting adalah bangsa Yi merupakansatu kaum yang sebangsa dengan penduduk Nusantara. Fujian yang bersempadandengan dunia Melayu terkenal kepada Han sebagai orang cina yang paling mahir dalam pelayaran dan membina kapal. Kesan terjajahnya Fujian ini adalah kapal Han mengadakan pelayaran ke Jiaozi di kawasan Veitnam pada hari ini. (MaritimeSilk Route, 1996)

Han tidak berhenti disitu, jajahannya terus dikembangkan sehingga menakluk Chaio Chih  di kawasan utara Veitnam.Masuk terjajah adalah Annam yang merupakan wilayah epicilago Melayu.  Kesan terjajahnya wilayah Utara Vietnamkepada Han maka perlabuhan Han mula menerima kunjungan dagang dari kapal MelayuJawa, Melayu Champa, Rom dan Parsi (Nguyen Khac Vien, 2009).

 “Dari sumber-sumber bahandagangan Asia Tenggara, China juga mula menerima, seawal abad kedua, hasilhutan seperti kemnyan, benzoin, kapur barus, kayu wangi, kayu hitam, gading,dan bahan perasa. Hasil hutan ini mungkin merupakan bagangan pertama yang masuk ke China sebagai pengganti kepada ubatan ‘Parsi’ yang sukar didapatkan sertaminyak wangi di Negara Timur. Para pedagang Po-ssu dari Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu akhirnya mendapat pengiktirafan negara China tentang kemampuan mereka”(Cady,1964).


Beberapa Nama Kapal Purba China Tidak Menggunakan Sebutan Chuan
Dalam zaman Han juga, Maharaja Wudi membina kapal besar yang dipanggil Yu Zhang di limbungan kapal mereka.Sebenarnya sejak era Qin sehingga Han, bangsa Cina telah membina sekitar 10 buah limbungan kapal sebagai infrastruktur utama mencipta kapal (Shuyang Su, 2008).

Selain Yu Zhang, bangsa Cinajuga memiliki beberapa kapal perang yang besar, pernah diguna dalam era yangsama oleh kerajaan lain semasa perang Tiga Negara di Red Cliff. Antaranya adalah kapal Mengchog (蒙衝) dan Doujian (鬥艦) digunakan dalam peperangan tersebut.

Selain itu ada beberapa perahu lain yang digunakan oleh tamadun purbaChina seperti Zouge( 走舸) serta Youting( 遊艇) dan Haihu (海鶻) yang pada asalnya bersaiz 15 meter. Namun pada tahun1203, Jendral Qin Shifu dari Dinasti Song menambahkan skala kapal Haihu inisehingga menjadi 30 meter panjang dengan kapasiti mengangkut 108 askar.

Dari sini kita melihat bahawa nama perahu China pelbagai sebutannya walau dari sisi tulisan dalam beberapa nama perahu, masih kekal huruf yang sama iaitu simbol 舟. Doujian(鬥艦), Zouge( 走舸) dan Youting( 遊艇) menggunakan simbol tersebut sementara Mengchog (蒙衝)dan Haihu (海鶻)langsung tidak memiliki simbol perahu  舟.

Sekiranya kita melihat nama perahu dizaman purba banyak yang tidak menggunakan istilah chuan, maka begitu pula hal yang berlaku kepada kapal perang China di penghujung kurun ke 19. Beberapa kapal kayu telah dibangunkan seperti Fuxing (福星)yang dibina pada 1870, Zhenwei (振威) dan Yangwu (揚武) yang mana kedua-duanya dibina pada 1872, telah digunakanoleh angkatan Tentera Laut Foochow. Sekali lagi yang menarik perhatian adalah simbol chuan (船)tidak wujud dalam ketiga-tiga nama kapal laut tersebut.


Zhou Adalah Sebutan Awal Untuk Perahu
Pada awal tamadun Cina, perahu disebut sebagai zhou dan ditulis dengan simbol 舟yang dimunculkan dari gambar perahu itu sendiri.

Tulisan cina banyak berasal dari konsep piktograf iaitu imej yang diubah menjadi simbol tulisan dengan sebutan kepada simbol tersebut tidaklah sama. Maknanya sebuah simbol piktograf yang serupa berkemungkinan memiliki lafaz sebutan yang berbeza diantara setiap dialek bahasa China.

Kata zhou diguna untukseluruh pengangkutan air sama ada kecil atau besar, sama ada di sungai, tasikatau laut lalu ditulis dengan simbol piktofraf seperti berikut 舟.

Disangkakan perkataan zhou telah berubah kepada chuan dan ditulis sebagai 船 bermula dari dinasti Han. Antara bukti awal adalah puisi yang disenandungkan oleh Maharaja Wudi yang bertajuk Qiu Feng Ci.

Peiyou Chang yang menterjemahkan puisi ini menjelaskan bahawa perahuyang di maksudkan oleh Mahajara Wudi adalah ‘Kapal Pavilion’, bukannya perahu secara umum.  Justeru ketika Maharaja Wudi menulis 泛樓船兮濟汾河 dalam rangkap tersebut, membawa makna ‘Belayar diatas kapal Pavilion, kami merentasi Sungai Fen’.

Konon Maharaja Wudi menggunakan huruf baharu untuk menggambarkan perahu– padahal beliau menggunakan istilah chuan bagi menggambarkan kapal pavilion - tapi nampaknya sehingga dinasti Tang,masyarakat cina masih menggunakan istilah zhou secara meluas.

Mahajara Li Shimin dalam Dinasti Tang menggambarkan hubungan raja dan rakyat dengan metafora kapal dan airsehingga bermadah: “水可载舟,亦可覆舟” (shui ke zai zhou, yi ke fu zhou) atau ‘air boleh mengapungkan kapal, air juga menenggelamkan kapal’.

Begitu juga kapal pavilion yang ditulis oleh Maharaja Wudi dengan lambang 船 (chuan), tetap diistilahkan sebagai zhou pada dinasti Tang, dengan disebut Bu Ji Zhou. Justeru peribahasa yang digunakan oleh Maharaja Tang menjadi bukti bahawa perkataan zhou masih digunabagi menggambarkan perahu dalam kebudayan China, sekaligus perkataan chuan masih menjadi asing pada ketika itu.

Tetapi pada hari ini, perkataan zhou telah diganti oleh perkataan chuan sehingga kata chuan membawa makna umum iaitu sebarang perahu yang digunakan untuk pengangkutan air terutamanya dilaut. Sementara perkataan zhou menjadi asing pada kebanyakan telinga bangsa China dan perkataan ini hanya diungkap pada perkara-perkara khusus sahaja.


Nama Pelbagai Jenis Perahu Dan Kapal Perang Klasik China
Ada yang berkata bahawa istilah chuan mengambil alih istilah zhou pada dinasti Tang dan Song. Tetapi telah dinyatakan bahawa Maharaja Tang sendiri masih menggunakan istilah zhou untuk perahu sementara Maharaja Wudi dari Dinasti Han menggunakan istilah chuan untuk kapal khusus iaitu kapal Pavilion, bukan digunakan untuk kata umum iaitu sebarang jenis perahu.

Adalah sangat kuat untuk dianggap bahawa perubahan yng dilakukan oleh Maharaja Wudi berhujung  akibat interaksi beliau dengan Tamadun Melayu setelah disebutkan di atas, sehingga mengambilistilah jong – kapal dagang besar bangsa Melayu dengan empat tiang layar - lalu diserap kepada Bahasa Cina. Namun istilah ini tidak diendahkan oleh bangsa Cina sampai kepada Dinasti Tang.

Pada masa itu, istilah chuan hanya dipakai untuk beberapa jenis kapal sahaja, yang membawa makna khusus,sementara kata zhou masih dianggap umum. Contoh adalah beberapa nama kapal dizaman bahari terbukti menggunakan kata chuan, seperti lou chuan (樓船) iaitu kapal dengan dek bertingkat, yu chuan (渔船)diguna untuk nama kapal menangkap ikan dan fan chuan (帆船)untuk kapal layar. Berikut adalah antara nama-nama kapal secara umum berlaku dalam tamaddun China klasik:


Bil
Simbol Tulisan
Sebutan
Makna / Penjelasan

1

gang
Perahu

2

hang
Perahu

3

bo
Kapal laut dalam

4

chuan
Perahu

5

zhou
Perahu

6

chan
Kapal besar

7

huang
Jenis kapal yang laju

8

ting
Kapal kecil

9
巨輪 /巨轮
ju lun
Kapal besar

10
帆船
fan chuan
Kapal layar

11
商船
shang chuan
Kapal dagang

12
樓船
lou chuan
Kapal dek bertingkat

13
鬥艦
dou jian
Kapal perang

14
主力艦
zhu li jian
Kapal perang

15
補給艦
bu ji jian
Kapal pembekal

16
運輸艦
yun shu jian
Kapal pengangkut

17

jian
Kapal perang


K. Gang Deng dalam Chinese Maritime Activities and Socioeconomic Development, C. 2100 B.C.-1900 A.D menyatakan  kapal perang pelbagai lapis dek telah direkapada zaman Han. Catatan menunjukkan bahawa Maharaja Wudi telah mengarahkan satuarmda kapal tersebut yang diberi nama sebagai lou chuan atau bacaojian menuju ke bahagian selatanChina untuk menakluk kawasan utara Vietnam, iaitu wilayah yang diduduki oleh bangsa Melayu (Gang Deng, 1997).

Satu maklumat yang didapatkan adalah nama lain kepada lou chuan adalah bacaojian.

Dibawah merupakan senarai nama kapal perang dari Dinasti Han dan penerus kepada dinasti tersebut iaitu zaman Sanguo atau Tiga Negara serta Dinasti Tang.


Bil
Tulisan
Sebutan
Makna / Penjelasan
Dinasti

1
樓船
lou chuan
Kapal perang dek bertingkat
Han

2
艨艟
meng chong
Kapal perang yang ringan
Han

3
鬥艦
dau jian
Kapal perang yang sedikit kecil
Han

4
走舸
zou ge
Kapal perang yang paling kecil
Tiga Negara

5
游艇
you ting
Kapal peronda
Tang

6
海鹘
hai hu
Kapal perang yang dipanggil Helang Laut
Tang

7
车轮舟
che lun zho
Kapal perang beroda
Tang

8
水车
shui che
Nama lain untuk che lun zhou
Tang

9
火舫
huo fang
Kapal perang penyembur api
Tang

10
先登
xian deng
Kapal untuk menyerbu
Han

11
赤馬
chi ma
Kapal perang yang dianggap secepat kuda
Han

12
飛雲
fei yun
Kapal Lou Chuan dari Tiga Negara
Tiga Negara

13
蓋海
gai hai
Kapal sejenis Lou Chuan dari Tiga Negara
Tiga Negara

14

jian
Kapal perang dengan dua lapis dinding
Tiga Negara


Daripada dua senarai yang dianggap klasik di atas, kita mendapatmaklumat bahawa:

(1)    Katachuan (船) masihmerupakan kata khusus iaitu diguna untuk nama sesetengah kapal sahaja, bukanmerujuk kepada seluruh jenis perahu atau kata umum.

(2)   Kata zhou(舟)masih menjadi kata umum untuk perahu sehingga zaman Dinasti Tang.

(3)    Masihbanyak nama perahu termasuk kapal perang yang tidak menggunakan sebutan chuan dan tulisan 船.

Justeru besar kemungkinan kata chuan(船)menjadi umum mengambil alih kata zhou(舟)berlaku setelah era Dinasti Tang (618–907M) dengan munculnya lima Dinasti dan10 negara sedari tahun 907M sehingga tertegaknya Dinasti Song pada 960M.



Kata Chuan Diserap Ke Dalam Bahasa China
Kata chuan sedikit demi sedIkit mengambil alih kata zhou selepas tamatnya Dinasti Tang sehingga tanpa sedar perkataan tersebut telah menjadi kata umum merangkum makna perahu. Dalam dinasti Tang, kata zhou masih dominan atas beberapa alasan iaitu:

(1)    MaharajaTang menggunakan perumpamaan zhou sebagai kapal iaitu metafora kepada dirinya sebagai Raja.

(2)   Nama kapal perang Tang yang kebanyakannya tidak menggunakan sebutan chuan.

(3)    Kapal Pavilion yang dinamakan oleh Maharaja Wudi dengan tulisan 船 tetapdi sebut sebagai Bu Ji Zhou oleh masyarakat Tang.

Justeru besar kemungkinan penyerapan kata chuan ke dalam Bahasa Cina berlaku setelah tahun 907M. Dan katachuan sebenarnya berasal dari kata jongiaitu sebutan Jawa untuk kapal terbesar bagi bangsa Melayu.

Jadinya, yang benar adalah kata chuan merupakan kata serapan dariBahasa Melayu, bukan sebaliknya. Serapan ini berlaku sebenarnya sejak awal pertembungan dua budaya pada masa Dinasti Han lagi tetapi ia menjadi aktif setelah tamat era dinasti Tang.

Jika kita perhatikan, I-Chin telah datang ke Sriwijaya pada masa pemerintahan Dinasti Tang, dimana dia telah menumpang kapal Melayu untuk beberapa kali dalam misi pelayaran mencari ilmunya.

Kemudian jika kita imbas kembali sejarah Han dimana penjajahan Han ke atasbangsa Melayu di wilayah Fujian dan di utara Vietnam, mengakibtkan sebahagianbangsa ini menjadi wargnegara China. Mengikut catatan, golongan Melayu Champa yang telah menganut Islam yang tinggal di wilayah Hainan, Fujian dan Quanzhou,menggunakan nama keluaga ‘Pu’. Masyarakat Melayu Champa yang Muslim ini tinggaldi persisir pantai di wilayah Selatan China - yang terkenal sebagai kawasan pelayaran dan perlabuhan - dan kawasan tersebut dikenal sebagai Ai-zhou.

Ensiklopedia Cina bertajuk Gu-jin tu shu-ji-cheng menulis: “Warga asing ini pada asalnya dari negara Champa. Semasa Dinasti Song dan Yuan (abad ke-10ke-13), kerana gangguan yang besar, mereka hijrah membawa keluarga mereka dengan kapal dan sampai ke tempat ini”.

Kemungkinan hijrah mereka adalah akibat krisis agama sehingga Orang Champa yang baru memeluk Islam perlu mencari tempat baharu yang lebih aman bagi menjalankan kepercayaan mereka (Geoff Wade, 2009).

Penguasaan keturunan Melayu ‘Pu’ di Hainan terutama di perlabuhan Quanzhou mendapat pengiktirafan Maharaja Song pada tahun 1274 sehingga dilantikmenjadi Shahbandar Quanzhou.  Seluruh aktiviti dagang yang melibatkan Pelabuhan Quanzhou diletakkan dalam kawalan PuShou Keng dan ahli keluarganya. Malah Pu Shou Keng dan ahli keluarganya menguruskan kapal keluarga sehingga mereka memiliki banyak kapal dagang, semuaini berlaku di penghujung zaman Song (Geoff Wade, 2009).

Ketika jenderal Yuan dari Monggolia ingin merempuh masuk ke kawasan Selatan China, mereka mengenalpasti akan kekuatan keluarga Pu Shou Keng  lantas menghantar utusan bagi mendapatkan kerjasama dari masyarakat Cina berketurunan Champa sekitar tahun 1276. Pu ShouKeng mengetahui bahawa Dinasti Song telah ranap dan tidak akan mampu bangkit melawan bangsa Monggol, justeru beliau menerima utusan Yuan (Geoff Wade, 2009).

Pu Shou Keng dilantik oleh Maharaja Yuan untuk menunjukkan jalan lautbagi perdagangan dan politik serta membangunkan kapal laut bagi kegunaankerajaan Yuan. Semenjak tahun 1281, Pu Shou Keng telah menyiapkan 50 kapaldaripada 200 kapal yang diperintahkan oleh Maharaja (Geoff Wade, 2009).

Kemajuan Maritim China DimotoriOleh Bangsa Melayu
Paul D. Buell dalam kertas-kerjanya bertajuk ‘Mongols in Vietnam: Endof one Era, Beginning of Another’ menjelaskan bahawa kebangkitan China sebagaikuasa maritim bermula sejak penghujung Dinasti Song dan awal Dinasti Yuan,berdasarkan kajian dari  Lo Jung Pangyang bertajuk ‘The Emergence of China as a Sea Power During the Late Song andEarly Yuan Periods’.

Dalam bahasa yang mudah, kemajuan maritim yang dialami oleh bangsa Cina adalah berlaku sesudah Maharaja Song melantik bangsa Melayu Champa menjadi Pegawai Maritim yang sekaligus menjadi Shahbandar di Fujian. Kemudian setelah China dikuasai oleh Monggul, jawatan tersebut kekal disandang oleh warga China berbangsa Melayu Champa malah Maharaja Yuan melantik Pu Shou Keng sebagai perekacipta kapal perang dinasti Yuan (Paul D. Buell, 2009).

Pu Shou Keng telah membawa banyak inovasi dalam teknologi kapal Cina semasa beliau menjadi Pegawai Maritim Dinasti Song dan Yuan. Beliau jugalah yang memperkenalkan kapal agung Melayu iaitu jong kepada pengetahuan bangsa Cina lantas disebut sebagai chuan. Bersamaan dengan ini juga,istilah chuan menjadi terkenal dalam masyarakat Cina dan penggunaan kata zhou semakin dipinggirkan sehingga zhou hanya menjadi istilah khusus. Manakala istilah chuan menjadi istilah umum sehingga hari ini.

Kapal Jong ciptaan Pu Shou Keng yang dikenal sebagai Quanzhou Jong mula menguasai laluan antara China dan India. Malah Maharaja Yuan telah mempersiapkan satu armada laut yang terdiri dari hampir 1000 jong Quanzhou untuk menyerang Sriwijaya namun usahanya ini tidak berhasil malah mengikut catatan Melayu, telinga Laksamana Yuan telah dipotong sebagai peringatan kepada Maharaja Yuan agar tidak menyerang Negara Melayu pada masa akan datang.


Pakar Maritim Antarabangsa Menyatakan Asal Jong Dari Melayu
Ada pendapat  yang tertuang dalam buku sejarah bertajuk ‘The Earth and Its Peoples’ ketika membahaskan teknologi Dinasti Song. Dalam buku ini, jong dikatakan telah dicipta pada zaman tersebut. Kenyataan ini benar pada satu sisi, iaitu kapal jong telah dicipta pada zaman Song dan kemudian Yuan. Namun siapakah pencipta jong tersebut? Catatan tentang pencipta jong di Negara Song didapatkan dari rujukan lain, iaitu ketika membahas peranan warga Cina berketurunan Melayu yang dilantik menjadi Pegawai Maritim Dinasti Song.

Padahal bangsa Melayu telah memanggil kapal besar mereka sebagai jong,lama sebelum dinasti Song lagi. Angela Schottenhammer  membantah sejarahwan Cina yang menganggap kapal jong adalah ciptaan mereka dengan menulis:

“Banyak sejarahwan Cina mengatakan bahawa kapal dagang (gu chuan) yang turut digunakan oleh pasukan Han sekitar tahun 100SM adalah dibuat oleh Cina dan dijalankan oleh pelaut Cina. Bagaimanapun sejarawan rasmi dari Dinasti Han,Hanshu, menunjukkan kenyataan yang terang bahawa kapal tersebut adalah milik bangsa barbarian (manyi gu chuan) yang belayar sepanjang pantai” (AngelaSchottenhammer, 2012).

Kaum Cina selalu menggunakan nama ‘Barbarian’ ketika merujuk bangsa Nusantara. Sungguh kenyataan Angela menepati kajian yang diperolehi oleh Lynda Shaffer didalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500:

“Bangsa Cina juga telah mengetahui tentang masyarakat kepulauan Nusantara sebagai pembina dan pelayar laut dalam yang merentas perjalanan jauh bagi perdagangan. Pada faktanya, bangsa Cina banyak mempelajari ilmu dari pelaut ini. Bangsa Melayu telah mencipta layar yang dibuat dari tenunan tikar yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya lebih awal beberapa ratus tahun sebelum Masihi, dimana pada masa dinasti Han, baharulah bangsa Cina menggunakan layar” (Lynda Shaffer, 1995).

Dalam catatan Bali, sebuah prasasti bernama Blanjong telah tertulispada tahun 913M. Blanjong merupakan gabungan dua kata iaitu blah dan jong, dimana kata blah membawa makna belahan atau terbelah dan jong adalah nama sejenis kapal Melayu. Blanjong membawa makna sebuah kapal jong telah terdampar di daerah tersebut akibat terbelah. Prasasti tersebut menulis:

"Pada tahun 835 Saka bulan Phalguna, seorang raja yang mempunyai kekuasaan di seluruh penjuru dunia beristana di keraton Singadwala, bernama SriKesari telah mengalahkan musuh-musuhnya di Gurun dan di Swal. Inilah yang harus diketahui sampai dikemudian hari" (Dayat Syurya, 2012).

Prasasti Julah yang bertarikh 844 Saka (923M) menetapkan perintah dari Sang Ratu Sri Ugrasena tentang beberapa peraturan. Dalam prasasti ini disebut istilah beberapa perahu seperti lancang, talaka dan jong yang terdampar maka harta kekayaan yang ada dalam kapal tersebut merupakan milik kerajaan (Marwati,Nugroho, 2008).

Dalam prasasti Julah yang lain pula tercatit pemberitahuan betapa banyak kapal dari kepulauan Melayu yang lain telah datang berdagang di perlabuhan Manasa, Bali: “banyaga sakengsabrang jong, bahitra, cimunduk i manasa”. Kata purba ini dapat diterjemah sebagai'Betapa banyak jong, bahtera, cimunduk dari seberang yang berlabuh di Manasa'(Marwati, Nugroho, 2008).

Prasasti Bali di Julah paling awal menyebut tentang kapal Jung adalah pada tahun 913M sementara kerajaan Song hanya muncul pada tahun 960M iaitu hampir setelah 50 tahun catatan prasasti.

Kemudian mengikut catatan ahli sejarah, pembinaan kapal jong di China hanya berlaku pada penghujung hayat dinasti tersebut iaitu ketika bangsa Melayu Champa dilantik menjadi Pegawai Maritim dan Shahbandar Quanzhou di Fujian.


Kata Chuan Diserap Dari Bahasa Asing
Ada pendapat yang berlegar yang mengatakan bahawa asal kata jong adalah dari Dialek Mandarin iaitu chuan. Kemudian dipinjam oleh orang Melayu menjadi jong lantas dipopularkan oleh Bangsa Inggeris sebagai junks.

Cuma perpindahan kata chuan kepada jong agak sukar diterima,melainkan kita diguna dialek China Fujian seperti Teow Chew dan Hokkien. Dalam dialek Teow Chew kapal jong disebut ‘jung’ dan dalam bahasa hokkien disebutsebagai ‘jun’.

Jika sedemikian iaitu kata jong dalam bahas Melayu di serap dari dialek China Selatan, maka telah jelas kepada kita bahawa kawasan China Selatan lah yang memberi kemajuan kepada dinasti Han dalam teknologi maritim serta membina kapal jong pada dinasti Song, dimana kawasan tersebut didiami oleh rumpun Melayu dan juga Melayu  Champa.

Robert Goh dalam artikel bertajuk Chinese Memories of Noah's Flood? membicarakan asal muasal perkataan chuan dan beliau meragui asal kata tersebut dari bangsa Cina:  "Konsikuansinya,bangsa Cina yang telah membina bot dari awal, dan satu bentuk perkataan pasti telah dituliskan sejak zaman awal lagi. Perkataan Cina moden untuk bot atau kapal (chuan) adalah satu yang diragui".

Yongxiang Lu dalam A History of Chinese Science and Technology menyebutkan bahawa di zaman Dinasti Zhou, perahu masih disebut sebagai zhou.Malah beliau menyebutkan dalam catatan klasik berjodol 'Er Ya', bahawa kerajaan Zhou masih belum mahir membina kapal dan mereka mendapatkan khidmat dari penduduk wilayah Yue terutamanya di kawasan Shandong.

Untuk makluman, wilayah Yue adalah kawasan Selatan China yang berpusatdi Fujian dimana kawasan tersebut didiami oleh rumpun Melayu. Memang diakui oleh sejarahwan Cina bahawa bangsa Yue merupakan bangsa yang mahir dalam ilmupembinaan kapal dan pelayaran.

Dalam buku The Shorter Science and Civilisation in China, perkataan zhou untuk kapal memiliki asas yang kuat manakala isu asal muasal chuan dipertikaikan sehingga penulis berkata seperti berikut: "Asal kata komponen untuk chuan, bermaksud kapal, tidak diketahui…”

Nampaknya hal yang serupa dinyatakan oleh pengkaji perahu dari barat,Manguin menulis: "Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masihi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu), sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis. Perkataan Inggeris, junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China, sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu. Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China".



 Asal Kata Wangkang Dan PiluDalam Kesusateraan Melayu Klasik
Dalam kebudayaan Melayu, setiap kapal sebolehnya akan disebut namanya secara betul dan tepat. Jarang penulis Melayu memanggil sebuah kapal dengan kata nama umum iaitu perahu atau kapal. Telah terbiasa bagi bangsa yang mendiami kawasan Nusantara yang berpulau-pulau untuk mengenal setiap kapal akan namanya yang sebenar. Sebagai contoh, dalam Sejarah Melayu, setiap kapal disebut namanya, contoh Gali, Lancar, Kura-kura, Sekoci, Jung, Pilu, dan Sum.

Begitu juga dalam Prasasti di Bali yang telah kita singgung, bagaimana beberapa jenis perahu dinyatakan seperti Bahtera, Lancar, Cimundi dan Jong.Terlalu jarang bangsa Melayu zaman dahulu – ketika mereka menguasai lautan –memanggil perahu dengan kata nama umum.

Dalam masa yang sama pula, bangsa Melayu mengenal kapal laut dari benua China dengan dua nama iaitu Wangkang dan Pilu. Jhon Crawfurd menulis "Sebutan umum nama Cina kepada kapal ini,dimana belayar keluar negara, adalah Tcheou.Bangsa Portugis memanggilnya Soma,bangsa Nusantara memanggil Wangkang,dan kita (British) memanggilnya Junks,berasal dari kata Jong, bermaksudkapal besar sebagai kontradik dari bot atau kanu, dalam sebahagian perkataan penduduk barat dari kawasan arcipilago Melayu" (Jhon Crawfurd, 1820).

Kapal Pilu ada disebut dalam Sejarah Melayu, sementara istilah Wangkang terdapat dalam peribahasa Melayu iaitu “Bagaikan bajak Wangkang, makan diangkat”.

Wangkang adalah kapal dagang besar dari wilayah Fujian yang dianggap memiliki kerangka yang hampir sama dengan kapal jong Melayu. Nampaknya nama wangkang terus diambil oleh bangsa Melayu tanpa mengubahnya.

Sementara kapal Pilu diandaikan mewakili dua jenis kapal kayu dari wilayah Fujian juga, iaitu Hua Pi Gu yang merupakan kapal dagang yang kecil sedikit dari Wangkang, serta Ya Pi Gu iaitu kapal layar yang semacam lancar.Kedua-dua jenis kapal ini yang memiliki nama serupa iaitu Pi Gu kemudiannya diambil oleh bangsa Melayu dengan nama Pilu dengan sedikit perubahan agar bersesuaian dengan lidah mereka.

Menarik untuk diperhatikan adalah kapal Wangkang dan Pi-Gu berasal dari wilayah selatan China iaitu Fujian. Hal ini selaras dengan catatan lain bahawa China menjadi kuasa besar maritim bermula dari perlabuhan selatan di wilayah Fujian dan mereka membina kapal laut dalam bagi merentas Nusantara sampai keIndia dan Arab setelah Shahbandar Fujian memindahkan teknologi jong Melayu kepada Dinasti Song dan Yuan.

Kong Yuan Zhi yang merupakan profesor Madya di Peking Universiti dalam kertas-kerja bertajuk "A Study of Chinese Loanwords (From South FujianDialects) In The Malay and Indonesian" yang diterbitkan tanpa tahun, telah membawakan beberapa contoh kata serapan dari Diaelek Fujian ke dalam Bahasa Melayu seperti wangkang, sampan, tokey, dan sinse.

Maka kapal-kapal dari Fujian inilah yang datang menjengah perlabuhan Nusantara lantas bangsa Melayu memanggil kapal dari benua China dengan nama yang mereka dapatkan dari penduduk Fujian sendiri. Itulah wangkang dan pi-lu.Sementara sampan pula adalah kapal angkutan yang digunakan oleh bajak Wangkang untuk mudik ke pelabuhan dari kapal wangkang mereka. Kata sampan pada asalnya dari kata sanban dalam bahasa Cina tetapi telah diubahsuia sedikit agar bertepatan dengan lidah Melayu (Helena Selin, 2008).

Beza perahu kecil cina yang disebut sanban ini dengan perahu kecil Melayu adalah samban memiliki dasar rata, dimana bangsa Melayu sebelum itu hanya memiliki dasar perahu berbentuk V. Perahu sanban dari China ini diadaptsi oleh bangsa Melayu menjadi sampan dan banyak diguna di kawasan bendang; sebagai alat menangkut benih padi. Zaman terus bergulir sehingga seluruh perahu kecil dengan dasar V yang diguna di sungai dan tasik oleh bangsa Melayu, dikenal sebagai sampan, hingga hari ini.


Bil
Sebutan Cina (Asal)
Sebutan Melayu (Serapan)

1
Wangkang
Wangkang

2
Pi Gu
Pilu

3
Sanban
Sampan


Setelah kita melihat tiga jenis perahu yang berasal dari China yang dikenal dalam kebudayaan Melayu sampai hari ini, kita dapati bahawa kata serapan yang berlaku  dari bahasa asal kepada bahasa kita tidak mengalami perubahan kata yang radikal. Kata Wangkang terus diambil tanpa perubahan. Kata Pi-Gu kepada Pi-Lu dan Sanbam kepada Sampan; berubah sedikit sahaja demi membolehkan lidah Melayu mudah menyebutnya.Justeru bagaimana mungkin ada pihak menetapkan kata ‘Chuan’ diserap kepada bahasa Melayu menjadi jong.

Sebagai contoh kata serapan lain yang mana bangsa Melayu ambil dari ketamadunan China adalah: gincu, teko, cawan, dacing, kuchai, tanglong. Semuakata ini diambil terus ke dalam bahasa Melayu tanpa mengalami perubahan sebutan. Justeru mengapa kata chuan mengalami perubahan yang sangat besar sekiranya benar kata tersebut diserap dari bahasa Cina?

Apakah lidah bangsa Melayu tidak boleh menyebut Chuan kepada Cuan sehingga dirobah kepada jong? Padahal terdapat sebutan yang mendekat dengan lafaz cuan dalam bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan,antaranya adalah kata cuang atau coang yang membawa erti ‘kelihatan tegak menganjur ke atas’, seperti kayu panjang, jermal dan lain-lain. Ada juga kata‘cuani’ tetapi jarang diguna, yang membawa maksud kain.

Justeru tidaklah menjadi masalah bagi Bangsa Melayu untuk memindahkan kata chuan kepada Kapal Cuan lantaran dalam lidah Melayu sendiri telah ada dua kata yang mendekat iaitu cuang dan cuani. Lantas tidak ada teori yang paling masuk akal untuk menetapkan kata jong merupakan kata serapan dari Bahasa Cina,melainkan kita terpaksa mengakui bahawa jong adalah kata asal dari Melayu Jawa.



Kesimpulan
Telah dimaklumi bahawa antara bangsa terawal membelah lautan dan mencipta kemudi serta layar adalah Bangsa Melayu. Mereka telah hijrah daritanah besar menuju pulau-pulau di kawasan Nusantara sehingga ke lautan Pasifikmalah meranjah sampai ke Madagaskar menggunakan perahu yang mereka cipta. Malahada dua catatan batu yang menunjukkan penguasaan Bangsa Melayu sejak 17,000 SM iaitu di Pulau Muna, Sulawesi dan juga di Kimberly di Utara Australia. Cataranbatu tersebut yang dihitung melalui ujian karbon c-14 menunjukkan bangsa Melayutelah menggunakan kemudi, cadik dan layar.

Justeru sangat besar kemungkinan bahawa kapal kayu yang sangat besar merupakan ciptaan bangsa tersebut, bukannya hasil pikiran bangsa Cina. Ini dibuktikan lagi dengan sejarah maritim Cina yang mana mereka banyak mengambil manafaat dari bangsa Yue di Selatan China serta pertembungan tamadun antara mereka dengan Bangsa Melayu.

Hal tersebut menjadi sangat kuat apabila sebutan awal untuk perahu bagi bangsa Cina adalah zhou namun lama-kelamaan kata tersebut diganti dengan kata baharu yang tidak diketahui asal usulnya, iaitu chuan.

Sementara itu dalam tamadun Melayu, kata jong telah lama dipakai termasuk dalam simpulan Bahasa, dalam prasasti bersejarah, dalam tenunan songket purba malah dalam kitab-kitab klasik serta undang-undang laut dibeberapa Negeri Melayu.

Demikian pula catatan dari bangsa-bangsa asing tentang sejenis kapal Melayu yang sangat besar yang membuat setiap mata sangat takjub melihatnya,sebuah catatan sejak dari zaman silam. Kapal buatan Melayu itu ternyata lebih besar dari Kapal yang dinaiki oleh Laksamana Cheng Ho ketika melakukan tujuh misi pelayaran di zaman Ming.

Justeru setelah dibahas tentang sejarah maritime China dan Melayu,serta dibincangkan pula tentang kemajuan ilmu perkapalan dalam tamadun China,setelah itu dibawakan isu kata serapan dalam Bahasa Melayu serta penemuan pakar tentang kata chuan; terbukti bahawa kapal jong adalah milik Bangsa Melayu yang kemudiannya diserap ke dalam Bahasa Cina.

Kata jong diserap kedalam Bahasa Cina sejak dinasti Han namun kata ini tidak popular. Hanya sahaja ia menjadi terkenal setelah runtuhnya Dinasti Tang dan mencuak naik pada penghujung Dinasti Song. Lantas pada zaman penguasaan bangsa Manchuria, kerajaan China memiliki teknologi jong setelah meminta Pegawai Maritim China yang berbangsa Melayu membina 200 kapal besar bagi meredah lautan untuk misi politik dan dagang Dinasti Yuan.


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________






 Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .








Comments