Sultan Murad I, Gazi Dan Syuhadah Kosovo

OLEH: Haziq Azhar



Sultan Murad I Khan merupakan Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah yang ketiga memerintah dari tahun 1359 sehingga 1389 masihi. Sultan Murad I Khan ditabal sebagai Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah selepas mangkatnya Orhan Bey. Beliau merupakan pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah menggunakan gelaran Sultan dan menukarkan Osmanli Beylik kepada Kesultanan Turki Uthmaniyyah.


 Selepas Sultan Murad I Khan memegang tampuk pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1359, beliau telah merancang untuk menawan kota Adrainopel. Penaklukan kota Adrainopel begitu penting kepada Empayar Turki Uthmaniyyah kerana kota ini merupakan antara kota yang paling terpenting kepada Empayar Byzantine. Ini kerana kota Adrainopel merupakan kawasan yang paling strategik untuk pertahanan, pemerintahan dan politik. Selain itu, kota Adrainopel menjadi penghubung benua Eropah dengan Empayar Rom Byzantine. Oleh itu, penguasa Serbia melihat penaklukan kota Adrianopel oleh pasukan Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Murad I sebagai ancaman yang besar kepada benua Eropah dan juga kepada dunia Kristian umumnya. Oleh itu, penguasa Serbia telah menyerang pasukan tentera Janissaries di Maritsa pada tahun 1371 bagi menghalang benua Eropah menjadi sebahagian daripada dunia Islam. Walaubagaimanapun, penguasa Serbia telah berjaya dikalahkan oleh tentera Janissaries yang dipimpin oleh Sultan Murad I. Oleh itu, timbulnya pepatah Greek menyatakan “Bermulanya umat Islam mengambilalih Empayar Kristian”.

Tsar Stefan Uros V

Ancaman Empayar Turki Uthmaniyyah telah menimbulkan rasa ketakutan dan kegerunan penguasa – penguasa Kristian di rantau Balkan sehingga mereka terpaksa meminta bantuan daripada Paus Urban di Vatikan. Permohonan Tsar Serbia, Tsar Stefan Uros V telah mendapat perhatian daripada Raja – raja Eropah di Barat kerana mereka sedar akan ancaman Turki Uthmaniyyah yang lebih berbahaya dan boleh mengakibatkan benua Eropah menjadi benua umat Islam pada masa suatu kelak jika tidak dibendung selain daripada desakan Paus Urban di Vatikan. Pada masa yang sama, Empayar Serbia di Balkan telah berpecah – belah akibat konflik perebutan takhta. Oleh itu, Tsar Stefan Uros V terpaksa mengiktirafkan Raja VukaÅ¡in sebagai Raja di wilayah Serbia yang lain iaitu Macedonia dan Greeks. Selain itu, saudara Raja VukaÅ¡in, Despot UgljeÅ¡a telah dilantik menjadi penguasa di Makedonia Timur. Keadaan politik yang kacau – bilau di Empayar Serbia telah membuka peluang kepada Empayar Turki Uthmaniyyah untuk memperluaskan wilayah kekuasaan mereka. 


Sultan Murad I melihat keadaan politik yang kacau – bilau di rantau Balkan sebagai satu peluang untuk memperluaskan wilayah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah. Oleh itu, Sultan Murad I telah menyerang negeri Makedonia Timur dimana Despot UgljeÅ¡a. Oleh itu, Despot UgljeÅ¡a telah meminta bantuan daripada penguasa – penguasa Serbia di Balkan. Namun, saudaranya, Raja VukaÅ¡in yang sanggup memberi bantuan kepada beliau. Pada tahun 1371, Raja VukaÅ¡in dan Despot UgljeÅ¡a telah terkorban dalam peperangan menentang pasukan tentera Janissaries yang dipimpin oleh Sultan Murad I ketika Pertempuran Chernomen. 

Raja Vukašin

Selepas kekalahan tentera Serbia di Chernomen, ramai penguasa – penguasa Serbia mula tunduk dibawah naungan Sultan Murad I disebabkan gentar dan takut akan ancaman dan kekuatan tentera Janissaries yang menjadi sebutan kepada seluruh benua Eropah. Takhta Raja Serbia telah diganti oleh Putera Marko dengan gelaran King Marko. Beliau juga merupakan pemerintah bersama dengan Tsar Stefan Uros V. Namun begitu, beliau tidak diiktiraf oleh penguasa – penguasa Serbia. Ini mengakibatkan Empayar Serbia semakin berpecah – belah ditambah lagi ada segelintir penguasa Serbia telah berpaling tadah kepada Sultan Murad I dan ada juga sebahagian daripada penguasa Serbia seperti Lord Vuk Brankovic telah mengiktiraf Putera Lazar sebagai Raja Serbia yang baru. 

Putera Lazar

Tsar Stefan Uros V telah meninggal tanpa sebarang waris pada tahun 1371 telah menyebabkan Empayar Serbia telah runtuh dan berpecah kepada beberapa buah negara. Putera Lazar telah memerintah di wilayah Serbia Utara dan Lord Vuk Brankovic memerintah di wilayah Serbia Selatan dan sebahagian Makedonia. Putera Lazar dan Lord Vuk Brankovic melihat Empayar Turki Uthmaniyyah sebagai ancaman yang bakal membawa malapetaka ke atas Serbia dan juga Dunia Kristian umumnya. Oleh itu, mereka telah membentuk satu perikatan dengan beberapa penguasa – penguasa Serbia untuk memerangi Empayar Turki Uthmaniyyah. Raja Bosnia, Raja Albania, Raja Herzegovina dan Raja Bulgaria telah sanggup membantu Putera Lazar dan Lord Vuk Brankovic. 



Perikatan Serbia ini tidak menghalang Sultan Murad I untuk memerangi mereka meskipun pada ketika itu beliau berusia 62 tahun. Pertempuran Kosovo yang agak hebat dimana tentera Turki Uthmaniyyah yang berjumlah anggaran lebih 27,000 – 30,000 dan manakala tentera perikatan Serbia berjumlah anggaran lebih 15,000 – 20,000.


Akhirnya, kemenangan telah memihak kepada Sultan Murad I Khan. Semasa Sultan Murad I Khan telah meraikan kemenangan di Kosovo, seorang Kesatria Serbia yang bernama MiloÅ¡ Obilić yang berpura – pura mati dan berbaring di atas mayat yang bergelimpangan telah menikam lembing tepat ke perut Sultan Murad I Khan. Akhirnya, Sultan Murad I Khan telah gugur syahid di medan peperangan selepas tamatnya Pertempuran Kosovo pada tahun 1389. Disebabkan pembunuhan Sultan Murad I Khan, Empayar Turki Uthmaniyyah terpaksa menghentikan kempen penaklukan mereka bagi mengumpulkan kekuatan baru. Sultan Murad I Khan diganti oleh Sultan Bayazid I Khan sebagai Sultan Turki Uthmaniyyah yang keempat.

Rujukan:
1.Hamka, Sejarah Umat Islam Edisi 2016.
2.Colin Imber (2009). The Ottoman Empire, 1300-1650: The Structure of Power, Palgrave Macmillan, 26 Aug 2009
3.Halil İnalcık, Donald Quataert (1994). An Economic and Social History of the Ottoman Empire, 1300-1914. Cambridge University Press, 1994
4.Branimir Anzulovic (1999), Heavenly Serbia: From Myth to Genocide, NYU Press
5.Tanya Popovic (1988), Prince Marko: The Hero of South Slavic Epics, Syracuse University Press
6.Di Lellio, A., & Elsie, R. (2009). The battle of Kosovo 1389. An Albanian epic. London: IB Tauris.
7.Humphreys, B. (2013). The Battle Backwards: A Comparative Study of the Battle of Kosovo Polje (1389) and the Munich Agreement (1938) as Political Myths.



___________________________
~ Haziq Azhar ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments