Dalam mencapai kemerdekaan yang ke 60 ini, Malaysia telah berjaya mengekalkan keamanan walaupun ancaman daesh dan keganasan melanda di dalam rantau nusantara ini. Seperti negara Filipina, mereka menhadapi ancaman dari pelbagai pihak seperti Abu Sayyaf, MILF, parti komunis filipina dan lain lagi. Walaupun Malaysia berjaya mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama tidak semstinya akan terselamat dari ancaman. Oleh sebab itu, penting untuk memastikan aset dan teknologi ketenteraan berada di tahap yang tertinggi agar dapat kedaulatan dan kekuasaan dapat dikekalkan dan ancaman dapat dikesan dan ditangani dengan tepat dan pantas. Namun, tidak semua aset dan teknologi dapat dikemaskinikan berikutan kekurangan bajet belanjawan dalam sistem keselamatan. Penulis melihat Angkatan Tentera Malaysia turut menghadapi krisis ini dari segi peralatan dan aset samada tentera darat, laut mahupun udara. Di sini, penulis akan merungkaikan beberapa permasalah yang terdapat di dalam ketiga-tiga cabang pertahanan Malaysia, namun tidak semestinya permasalah ini akan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan tanah air, cuma untuk mengajak para pembaca memahami akan kepentingan aset dan teknologi yang canggih dalam memperkasakan lagi tahap keselamatan di Malaysia ini.
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Dari era komunis, konfontrasi hingga masa kini, ATM adalah tonggak kedaulatan tanah air. Meskipun kepakaran mereka diiktiraf dunia, namun aset ATM dikatakan ketinggalan agak jauh berbanding negara lain. Jika dilihat dari segi persenjataan, ATM masih lagi menggunakan M16A1 sebagai main weaponry diikuti dengan M4 Carbine. Manakala pistol Glock dan senjata ringan MP5K masih diguna pakai sehingga sekarang. M16A1 telah digunapakai oleh tentera Amerika Syarikat semenjak perang Vietnam sehinggalah perang Iraq. Senapang M16A1 pernah mengalami beberapa masalah seperti peluru yang mudah tersangkut dan mudah panas. Malah senapang ini juga cepat panas hingga menyebabkan peluru boleh tersangkut di dalam senapang. Jika beralih kepada aset pengangkutan, Malaysia masih lagi menggunakan kenderaan armoured vehicle daripada German. Condor telah direka bagi memberi perlindungan menyeluruh terhadap senjata api kecil, serpihan peluru dan periuk api kecil. Condor telah digunakan oleh Tentera Darat Malaysia di dalam satu pertempuran semasa cubaan operasi menyelamat Pertempuran Mogadishu. Namun, kenderaan Condor juga pernah dihentam oleh roket RPG dan berjaya menembusi masuk ke dalam kenderaan. Walaupun banyak aset yang belum disebutkan penulis, boleh dikatakan kebanyakan aset sudah mencapai umur yang lama dan perlu digantikan dengan teknologi yang sesuai dengan masa kini.
TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Ditubuhkan pada 12 April 1934, TLDM telah memiliki keanggotaan sebanyak 14,000 anggota dan menjaga perairan malaysia seluas 630,210 km persegi. Pada awal penubuhan TLDM, TLDM memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas Ham, dan 7 buah kapal ronda. Namun, aset ini semua telah mencapai usia yang sdh panjang dan patut dilucutkan tauliah, namun kerana kekurangan bajet dari kementerian pertahanan, maka alternatif yang boleh digunapakai ketika ini hanyalah menaiktaraf sistem keselamatan dan keupayaan kapal dalam mengesan musuh.
ANGKATAN TENTERA UDARA MALAYSIA
Dalammenjaga ruang angkasa selama 60 tahun, Malaysia sentiasa melakukan yang terbaik bagi memastikan ruang udara selamat daripada ancaman musuh, oleh itu, teknologi dan aset perlu sentiasa dinaiktarafkan dari semasa ke semasa. Umum untuk diketahui bahawa Malaysia terkenal dengan pesawat pejuang Sukhoi 30 mkm sebagai pesawat pemintas utama manakala pesawat MIG29N dan pesawat F15 turut diaturgerakkan sebagai pesawat peronda dan pemusnah sekiranya diaturgerakkan. Namun beberapa isu dan masalah mula melanda TUDM. Ini kerana pentadbiran kerajaan terdahulu tidak terlalu memainkan peranan dalam membentangkan bajet yang sesuai bagi menaiktaraf aset-aset yang sedia ada. Umum untuk diketahui, Malaysia telah membeli dua aset dari negara yang berbeza, iaitu dari Amerika dan Rusia. Jadi kos penyelenggaraan bagi setiap pesawat adalah berbeza.
Kementerian pernah menubuhkan program MRCA (Multi Role Combat Aircraft) iaitu alternatif bagi menggantikan pesawat Malaysia dengan pesawat tempur generasi moden. TUDM pernah ditawarkan beberapa calon dari syarikat yang berbeza seperti Syarikat Pernacis yang menwarkan pesawat Rafale dan Sweden yang mencalonkan pesawat Gripen. Namun atas maslah kekurang dana dan kewangan yang tidak stabil, maka projek ini ditangguhkan.
___________________________
~ Pen Merah ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment