OLEH: Freddi Aziz Jasbindar
Papan tanda pekan Parit di Perak. Imej dari orangperak.com
Sejarah Pekan Parit ini diceritakan suatu ketika dahulu, terdapat dua orang perantau dari Teluk Intan Perak yang bernama Ngah Sagor dan Alang Ghafar telah berhijrah ke Parit melalui sungai Perak kira-kira awal abad ke 20. Mereka dikatakan telah berhijrah ke Parit setelah kalah bertaruh wang dalam satu permainan tradisional tempatan yang diberi nama “Semperit”. Tidak diketahui bentuk dan cara permainan tradisional itu dilakukan begitu juga hubungan dua insan ini sama ada rakan sekampung atau ada tali persaudaraan.
Pemandangan di pekan Parit. Imej dari orangperak.com
![]() |
| Pusara Ngah Sagor. Imej dari orangperak.com |
Pada asalnya pusara Ngah Sagor terletak berhampiran tebing sungai Perak, oleh kerana berlaku hakisan tanah ditebing itu, maka pusaranya di pindahkan yang sekarang terletak berhampir balai bomba Parit. Tidak diketahui pula dimana pusara Alang Ghafar.
![]() | |||
|
Jam tinggi yang terletak di tengah-tengah pekan Parit menjadi mercu tanda sehingga ke hari ini. Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Berikutan 3 keping gambar terakhir di atas adalah keadaan Pekan parit semasa banjir besar yang melanda kawasasan Perak Tengah pada tahun 1967. Banyak yang diceritakan keadaan bah besar yang melanda itu setinggi bumbung rumah,jambatan yang menghubungkan Bota Kiri dan Bota Kanan runtuh dan macam-macam lagi.
___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________







Comments
Post a Comment