OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Adapun cara menyikapi segala kisah yang ada dalam kitab tersebut terutamanya sebelum terwujudnya Melaka yang dilihat luar logika hingga sangat sulit dicerna, sekurangnya ada dua kaedah:
(1) Abaikan lantaran pengarang hanya hanya menulis berdasarkan kisah-kisah yang diwarisi dari masyarakat zaman bahari.
(2) Cuba difahami dengan cara mencari makna disebalik maksud yang cuba digambarkan oleh leluhur kita lantaran orang bahari banyak menggunakan bahasa perlambangan.
Satu contoh yang menarik adalah berkenaan dengan usaha Salomon Muller, seorang Naturalis berbangsa Jerman yang diutus oleh kerajaan Belanda ke Hindia Timur.
Dengan berpandukan kepada Hikayat Raja Banjar, dia mencari letak Kerajaan Negara Daha yang akhirnya menemukan Candi Laras.
Dalam Hikayat ini juga ada disebutkan tentang Puteri Junjung Buih - satu sosok yang dikongsi oleh seluruh atau hampir kesemua kaum Peribumi Kalimantan sehingga bukan sahaja raja-raja Banjar berasal dari sosok ini.
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment