Twitter VS Mark Zuck?

 OLEH: Taufiq Tuah

Pertama, kita kena tahu sosial media ni ada beberapa jenis. Antaranya Social Networking, Photo Based, Video Based, Discussion Forum dan Blog. Jadinya kupasan saya ni lebih kepada jenis Social Networking yang bersifat minimalis.

Social Media type Social Networking ni antaranya ialah Facebook, Linkedin dan Twitter. Tapi yang bersifat minimalis tapi masih banyak 'features' ialah Twitter.

Banyak media sosial yang muncul, tapi yang betul² dapat tarik orang muda ialah Twitter. Antara sebab utamanya ialah sifatnya yang 'youth friendly'. Memahami sifat orang muda yang tak suka baca perenggan, maka dibuat kaedah 'thread' bagi mengubah phsycology pembaca yang sebenarnya akan baca sama panjang je dengan artikel biasa.

Tapi sebab artikel panjang tu dipisah-pisahkan, buatkan pembaca tak rasa 'jenuh' nak habiskan bacaan.

Sifat 'unlimited scrolling' di Twitter juga membuatkan pengguna dapat teroka lebih banyak isu berbanding di Facebook yang terhad pada 'friend posted' sahaja. 'Unlimited Scrolling' juga digunakan di Tiktok, IG Reels dan Shorts Youtube.

Memahami sifat Twitter ini dapat menarik orang muda, maka platform ini digunakan untuk pelbagai tujuan kempen, tak terkecuali kempen politik. Di sesetengah negara, Twitter dan Tiktok diharamkan kerana menjadi medium berkesan kempen politik pihak pembangkang.


TWITTER 

Di US, Twitter digunakan sebagai platform kempen berkesan oleh Donald Trump dan golongan konservatif negara itu. Sehingga Twitter terpaksa 'ban' Donald Trump pada waktu itu. Sehinggalah Twitter dibeli oleh Elon Musk dan 'unban' kembali golongan konservatif.

Namun ketika Twitter menyekat Trump, golongan ini terus berkempen di sosial media alternatif yang sangat mirip dengan Twitter iaitu Gettr.

Gettr juga mesra remaja kerana cara gunanya yang sama dengan Twitter. Saya sendiri pernah ada akaun Gettr dan memerhati kebanyakan pengguna apps itu ialah golongan konservatif dari pelbagai negara. Adapun, user dari Malaysia sangat sedikit.

Kenapa mereka perlu kempen juga di apps mesra remaja ini? Pastilah kerana sokongan golongan muda yang sangat penting untuk keberlangsungan politik.

Di Malaysia, PRU-15 menunjukkan kenaikan undi muda tertumpu kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) kerana PN yang berkempen habis di Tiktok dan PH sentiasa kempen di Twitter. 2 platform besar remaja.


ELON MUSK

Saya tak tahu apa visi Elon Musk masa membeli Twitter. Saya cuma berandaian yang Elon Musk beli Twitter sebab nak 'unban' akaun Trump dari medium itu.

Saya kata macam tu sebab sering kali jika ada pertanyaan tentang Musk ditujukan pada Trump, Trump akan memuji Musk dan begitu juga sebaliknya. Mungkin mereka ada hubungan akrab.

Apapun tu andaian je. Apa yang jelas, semenjak Musk pegang Twitter memang nampak Twitter makin 'less youth friendly'. 'Official Mark' pada akaun boleh dapat dengan hanya bayar. Banyak 'features' yang khas untuk yg bayar sahaja.

Ya, ini bisnes. Tak salah pun. Tapi majoriti orang muda takkan pilih untuk bayar apps pun. Masalah kewangan ialah masalah utama orang muda. Macam mana orang muda nak 'afford' Sementara di US, user di Gettr semakin meningkat.

Tak lupa juga ada ura-ura Musk nak jadikan Twitter macam Tiktok. Video based social media. Kemudian di lain hari, ura-ura lain pula datang. Senang kata Twitter belum ada kata putus untuk visi dan misi mereka.


THREAD INSTAGRAM

Ketika Musk terkontang-kanting mencari halatuju, Mark Zuckeberg terus lancarkan Thread Instagram. Media sosial serupa Twitter tetapi 'link' dengan Instagram.

Apa kesannya kepada Twitter?

1. Ramai user Twitter yang dah ada Instagram akan auto-sign sebagai user Thread. User Twitter akan auto gain experience dengan Thread dan akan nilai sendiri mana lebih baik.

2. Thread beroperasi serupa dengan Twitter tetapi boleh buang apa yang remaja tak suka dengan 'Twitter Musk'.

3. Jika Musk tukar konsep Twitter, user Twitter akan auto switch ke Thread.

4. Thread boleh jadi auto dominan di negara yang Twitter diharamkan (kecuali negara seperti China dan Korea Utara).





KESAN PADA DAKWAH

Sebagai daie, jangan takut untuk mengisi platform² ini. Sebelum ini, banyak platform yang kita terlewat kerana prejudis. Twitter juga kita pernah terlewat kerana fikir itu tempat liberal sahaja. Padahal hari ini, video² masyaikh juga bersepah di sana.

Tiktok juga pada awalnya daie tak mahu join kerana menyangka aplikasi itu untuk bergelek sakan dan muzik. Tapi alhamdulillah hari ini banyak juga video kuliah di sana. 

Namun dua platform sebelum ini adalah bukti kita terlambat. Kerana kita masuk dikala influencer liberal telah kuat di Twitter dan kerana ustaz² mengarut telah viral di Tiktok.

Jadi tak salah untuk kita join sosial media baharu ini awal dan terus gerakkan video² dan penulisan² dakwah di sana. Insyaallah.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments