Perang: Dengan Bijak Atau Dipijak?

 OLEH: Taufiq Tuah



Setelah akhir² ini diisytiharkan Perang Taufan Al-Aqsar, sebagaimana beberapa waktu isytiharnya pihak H4M45 sebelum ini.

Perlu difahami persengketaan yang berusia 70 tahun lebih di Palestin ini sebenarnya rentetan daripada kobflik ratusan tahun lalu. Demografi setiap zaman berbeza di Palestin.

Pembebasan Palestin oleh tentera Amirul Mukminin Umar al-Khatab ke atas Palestin ialah atas kekuatan, kekuasaan dan yang paling penting, perjuangan Islam. Kekuatan yang jelas, mujahidin yang digeruni dan persenjataan lengkap.

Pembebasan Baitulmaqdis daripada Salahuddin al-Ayubi pula juga daripada kekuatan, kelengkapan dan persenjataan.

Mudah kata, dua tokoh ini tidak pergi mengangkat senjata membuta tuli. Mereka ada kekuatan dan stratergi. Malah membawa misi Islam ke seluruh dunia. Tidak sedikit pun atas nama bendera nasionalis Arab ataupun semangat politik.

Jelas bahawa mengangkat senjata akhirnya perlu kepada kebijaksanaan dan kewarasan. Kemudian barulah disaluti semangat. Saya setuju dengan hujah Dr Idris Sulaiman bahawa perang jika perlu bersifat defensif juga dikira jihad. Sebagaimana perang Badar, Uhud dan Ahzab yang mana Muslimin bersifat defensif atas kebijaksanaan.


Tentera Rasulullah hanya mula bersifat ofensif (menyerang) ketika diketahui ada kekuatan yang cukup dan akhirnya 10 000 orang tentera menyertai gerakan ofensif yang pertama iaitu Fathul Mekah.

Begitulah kebijaksanaan Rasulullah, para sahabat dan tokoh-tokoh lainnya dalam menghadapi musuh. Jihad defensif ketika belum cukup kekuatan. Kemudian ofensif ketika diketahui kekuatannya sudah cukup.

Realitinya pada hari ini, kekuatan Palestin belum setanding untuk bersifat ofensif. Maka defensif ialah langkah yang bijak.

Ketika mereka sangka mereka sudah cukup, setiap gerakan ofensif yang gopoh ini hanya membawa kepada kerugian yang lebih besar.


Intifadah Pertama 1987-1993:

Tentera Israel terkorban: 60 orang sahaja.

Muslimin terkorban: sekurang-kurangnya 2162 orang terkorban.


Perang Gaza 2008-2009:

Israel terkorban: 13 orang sahaja.

Muslimin terkorban: 1417 orang.


Perang Asfil Maakul 2014:

Israel terkorban: 66 orang sahaja.

Muslimin terkorban: 2143 orang. 70℅ orang awam.


Perang Saif Al-Quds 2021:

Israel terkorban: 1 orang askar sahaja.

Muslimin terkorban: 386 orang terkorban.


Lihat sahaja, yang mana dari gerakan ofensif ini menguntungkan Muslimin? Tindakan ini bijak atau kita terpijak? Korban kita lebih tinggi, dan Israel tegamak sahaja bunuh orang awam.

Ada yang kata "takkan perang nak menang je?". Jawapannya, perang memang kita kena target menang. Kalau perang sebab nak kalah, itu namanya zalim pada diri sendiri.

Jika ada idealis yang kata "nanti Allah hantarlah malaikat bantu kita perang", saya cuma nak cakap, daripada data perang ofensif yang lalu dengan korban kita yang tinggi, nak salahkan malaikat tak tolong betul² ke?

Jangan ingat sebab kita solat lima waktu, kita dah boleh suruh-suruh malaikat buat itu ini. Ulang kaji aqidah insyaallah.

Apapun, doa kita akan sentiasa mengiringi Palestin. Walaupun atas langkah mereka yang culas, doa tetap doa. Kita pula yang di sini, bantu mereka semampu kita. Jika tidak dengan senjata, tapi dengan hal-hal lain pun semoga Allah mengiranya sebagai amal soleh.

Cadangan: H4M45 atau mana² brigade di Palestin perlu kembali bersifat defensif sehinggalah kekuatan benar-benar menyebelahi mereka. Kembali kepada pemantapan aqidah dan hentikan konflik politik sesama Muslim yanh membawa perpecahan.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.


Comments