Pelayaran Haji Sultan Zainal Abidin III – 28 Oktober 1913

OLEH: Izmal Karim


Pelayaran Haji Sultan Zainal Abidin III – 28 Oktober 1913

Letter from Sultan Mansur of Terengganu to Francis Light regarding the management of hajj pilgrims from the east coast state. In the letter, Sultan Mansur stated that he had sent Lebai Amin and a number of his friends to Penang who were going on their pilgrimage. He appealed for Light's goodwill to let them sail to India or Surat whichever Lebai Amin chose.
-(SOAS MS40320/11, f.77) (Abd Ur-Rahman Amin)
-Penang's Hajj Heritage: An Oral History Of The Sea Transportation Era.Mahani Musa. Kajian Malaysia, Vol. 36, No. 2, 2018, 147–164.

26th March 1861

The Sultan of Tringanu- The Sultan of Tringanu arrived at Singapore on the 26th March with a numerous retinue, and was received at the landing place by the Hon. The Governor and the Resident Councillor. His Highness took up his abode in a house at Campong Glam, which had been engaged for him by the local Government. The Sultan was on his way to Mecca, which, like a devout Mahometan, he consider it his duty to visit. The Government of Tringanu had been committed to his brother.
-13th May 1861, Homeward Mail from India, China and the East.

The Sultan of Tringanu visited Singapore en route to Mecca on a pilgrimage. He received the usual attention during his stay, and was furnished with suitable letters to the authorities at Galle and Aden and the British Consuls at Jeddah and Suez.
-East India Statement Exhibiting The Moral and Material Progress and Condition of India, During the Year 1860-61.

----------------------------------------------------------

Tiga petikan di atas menjadi bukti kesungguhan Sultan-Sultan Terengganu dalam memastikan rukun Islam ke 5 sedaya upaya cuba di realisasikan sama ada dengan menyediakan sokongan, kemudahan ataupun baginda sendiri turut serta menunaikan ibadah Haji ke Mekah.

28 Oktober 1913 Sultan Zainal Abidin III (Marhum Haji) berangkat belayar ke tanah suci Mekah dengan di temani seramai 15 orang, di antaranya :

1.Tengku Putera - Cucundanya
2.Tengku Seri Wak Raja - Tengku Abdullah Sultan Ali
3.Tengku Pekerma - Tengku Hassan
4.Tuan Embong
5.Tengku Ibrahim
6.Encik Abdul Rahim Abdul Endut
7.Dato Sri Amar Diraja – Haji Ngah Muhammad Yusof  - Setiausaha Sulit
8.Datuk Harry Gild – Penasihat/ Pengawal Peribadi.

Walau bagaimanapun Sultan Trengganu berangkat secara sembunyi-sembunyi sehinggakan ada sebahagian dari pengiringinya sendiri tidak mengetahui hasrat sebenar baginda yang ingin menunaikan haji di Mekah. Hinggakan pada peringkat awal mereka sekadar beranggapan menemani baginda ke Singapura sahaja.

Akibat dari tindakan pelayaran haji ini dilakukan secara tersembunyi, agar sukar bagi menjejaki rekod-rekod dan informasi pelayaran baginda dari Singapura - Aden – Jiddah (Jeddah) – Cairo (Kaherah). Berbanding dengan kisah pelayaran Marhum Baginda Omar sebelum ini yang banyak tercatit dalam rekod-rekod British samada dari Singapura, Bangkok ataupun India serta ianya menjadi sebahagian dari laporan berita dunia di dada-dada akhbar pada tahun 1861.

Ketiadaan baginda di dalam negeri, “Kuasa Negeri” telah di serahkan kepada Yam Tuan Muda @ Yang Dipertuan Raja Muda, Tengku Muhammad dengan di bantu oleh Jumaah Menteri yang terdiri dari ahli Mesyuarat Kerajaan (States Council).

Pelayaran Sultan Zainal Abidin III bermula dari Kuala Trengganu- Singapura – Pulau Pinang – Ceylon – Aden – Jiddah (Jedah). Setibanya Baginda di Pelabuhan Aden, pelayarannya tergendala hampir sebulan berikutan kesukaran mendapatkan kapal sebagaimana yang telah diuruskannya ke Jeddah. Kelewatan ini menimbulkan kegusaran kepada ahli rombongan yang lain sehingga ada yang menyuarakan pendapat agar di ambil tindakan mendakwa kerana khuatir mereka tidak akan sempat mengerjakan ibadah haji di dalam musimnya. Namun baginda tidak mengizinkan dan meminta mereka yang lain terus bersabar.

Baginda akhirnya mengambil keputusan mengeluarkan perbelanjaan sendiri dengan mendapatkan kapal dari syarikat perkapalan lain. Berdasarkan tempoh kebiasaan pelayaran dari Aden ke Jeddah sudah melebihi musim haji, baginda agak lewat mendapatkan kapal namun pelayaran tetap di teruskan. Sikap Marhum Haji yang bermurah hati turut membenarkan beberapa orang jemaah haji yang terkandas di Aden turut serta secara percuma.

28 Disember 1913 (7 Zulhijah) baginda bersama-sama rombongannya selamat tiba di pelabuhan Jeddah. 7 malam, baginda meneruskan perjalanan dari pelabuhan dengan menunggang baghal (kacukan antara keldai jantan dengan kuda betina.) ke kota Mekah dan berjaya tiba pada pukul 9 hari keesokkannya (8 Zulhijjah/ 29 Disember 1913). Berdasarkan kebiasaan bagi Jemaah haji ketika itu, perjalanan ini mengambil masa selama 2 hari jika menunggang unta dengan jaraknya hampir 85km.

Keberangkatan tiba Sultan Zainal Abidin III ini di maklumkan kepada Syeikh Nik Mat Kechik (1844- 1915) dari Patani yang lebih di kenali sebagai “Syeikh Haji Melayu” di Mekah yang bertanggungjawab mengawalselia para Jemaah haji dari alam melayu.  Beliau bertindak dengan pantas berjaya mendapatkan kereta kuda milik Sharif Mekah, Hussein ibn Ali al-Hashimi (1908-1916). Walau bagaimanapun pelawaan bantuan kereta kuda ini di tolak, baginda berhasrat meneruskan perjalanannya ke Mekah dengan menunggang baghal. 9 Zulhijjah (30 Disember 1913) baginda meneruskan lagi perjalanan ke Arafah dengan urusan oleh Syeikh Nik Mat Kechik dan Syeikh Abdullah sehingga selesai menunaikan ibadah haji.

Marhum Haji mengambil peluang belayar ke Kaherah,Mesir selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

***Bedasarkan analisis carta pelayaran (terkini) berkemungkinan baginda belayar dari pelabuhan Jeddah ke pelabuhan Said di Mesir dengan jarak sekitar 760 nautika yang mengambil masa sekitar 3 sehingga 4 hari pelayaran dengan merentasi Terusan Suez (1869) sepanjang 194km, manakala jarak antara pelabuhan Said ke Kaherah sekitar 200km.

Ditakdirkan Allah SAW Marhum Haji mendapat gering di Kaherah. Atas nasihat dari doktor, hasratnya yang ingin meneruskan kunjungan ke kota Baitul Muqaddis terpaksa di batalkan. Marhum Baginda Haji akhirnya bertolak balik ke Singapura dengan ditemani oleh seorang doktor berbangsa Qibti. Hasil pungutan data pelayar-pelayar haji dari Negeri-Negeri Melayu bagi tahun 1913, seramai 11,243 termasuk Sultan Trengganu yang berjaya mengerjakan ibadah haji.

Kepulangan Marhum Haji ke Kuala Trengganu dari Mekah amat di nanti-nantikan serta di sambut dengan penuh gemilang. Walaupun pelbagai rintangan yang perlu di hadapi semenjak dari awal pelayaran, namun baginda kekal dengan istiqamah serta yakin kepada kekuasaan-Nya “Rabbul Izzati”. Kini kekal tercatit dalam lipatan sejarah kesultanan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III merupakan sultan yang pertama berjaya menunaikan ibadah haji.

Mubin Sheppard (1949) dan J. de Vere Allen (1869) melaporkan pelayaran Haji Sultan Zainal Abidin III beserta pengiringnya menelan belanja sebanyak 70,000 ( Straits Pound) sebagai mana catitan rekod Gabenor Negeri-Negeri Selat, Kapten Sir Henderson Young (2 September 1911 – 17 February 1920).



Rujukan :
1.Haji di Semenanjung Malaysia.Sejarah dan Perkembangannya Sejak Tahun 1300 – 1406H (1896-1985M). Dato’ Haji Mohd Saleh Haji Awang (Misbaha). Percetakan Yayasan Islam Terengganu.1986.
2.Sejarah Darul Iman Hingga 1361H (1942M).Dato’ Setia Jasa Haji Mohd Saleh Haji Awang (Misbaha). Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu.1992.
3.Sejarah Terengganu. Haji Buyong Adil. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur. 1974.
4.Zainal Abidin III. Biografi Sultan yang Adil dan Alim Jelani Harun. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.2017.
5.Penang's Hajj Heritage: An Oral History Of The Sea Transportation Era. Mahani Musa, Aiza Maslan and Hajar Abdul Rahim. Kajian Malaysia, Vol. 36, No. 2, 2018, 147–164 School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.
6.13th May 1861, Homeward Mail from India, China and the East - Arkib Akhbar British,
7.Empire of the Hajj. Pilgrims, Plagues, and PanIslam under British Surveillance, 1865-1926. Michael Christopher Low. History Theses. Department of History.2007.
8.Hajj and the Malayan Experience, 1860s–1941. Aiza Maslan @ Baharudin. Kemanusiaan Vol. 21, No. 2, (2014), 79–98. Universiti Sains Malaysia.
9.The British Empire and the Hajj 1865 – 1956. John Slight. Harvard University Press.2015.
10.After its own image: Trengganu experience 1881 -1941. Shaharil Talib. Oxford University Press. Singapore.1984.
11.Journey Of Hajj Pilgrims From Patani And Its Social-Economic And Intellectual Impact On The Patani Malay Society (1800-1960s). Numan Hayimasae, Prince of Songkla University. 13 April 2014, 9th International Academic Conference, Istanbul.
12.The Transformation of the Trengganu Legal Order. Heather Sutherland. Journal of Southeast Asian Studies / Volume 11 / Issue 01 / March 1980, pp 1 – 29.
13.Pilgrims' Progress: The Business of the Hajj. Michael B. Past & Present, No. 191 (May, 2006), pp. 189-228.
14.The Ancien Regime in Trengganu, 1909-1919.J. de Vere Allen. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 41, No. 1 (213)(July, 1968), pp. 23-53.
15.Port of Said Port , Egypt to Jeddah Islamic Port, Saudi Arabia – Ports.com 
16.The Pilgrimage to Mecca: Some Geographical and Historical Aspects (Die Pilgerreise nachMekka: Einige geographische und historische Aspekte).Russell King, Erdkunde, Bd. 26, H. 1 (Mar., 1972), pp. 61-73.
17.Deck of pilgrim steamer at Jidda, Saudi Arabia, circa 1913.  (Photo by F.G. Clemow/Royal Geographical Society via Getty Images) Ehsan – Tuan شهرول عفيفي.
18.Portrait Sultan Haji Zainal Abidin III beserban, c1914 – Ehsan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.



___________________________
~ Izmal Karim~
Sahabat PENA

Comments